Article Detail

Penyakit Batu Hempedu (Cholelithiasis)

November 14, 2018

Added By :
DR LAM RUEY SHYANG 蓝瑞祥医生

Penyakit Batu Hempedu (Cholelithiasis) 

Penyakit batu hempedu (Cholelithiasis) adalah penyakit yang biasa di dunia ini. Kekerapan
penyakit bertambah mengikut usia seseorang. Hampir 20 tahun kebelakangan ini sejak majunya
teknologi xray (terutamanya ultrasound, CT scan dan MRI scan), sebanyak 10% golongan penduduk
Malaysia mempunyai masalah batu hempedu. Golongan pesakit ini dijangka bertambah kerana tahap
hidup dan cara makan warganegara kita yang bertambah baik.

Batu hempedu dibentuk oleh unsur-unsur air hempedu kita (yang terdiri daripada garam hempedu,
pigment hempedu, kalsium, cholesterol dan sebagainya). Kalau batu hempedu terbentuk dan
berada di pundi hempedu, ia dipanggil “BATU PUNDI HEMPEDU”. Kalau ia berada di saluran
hempedu, ia dipanggil “BATU SALURAN HEMPEDU”.Terdapat 3 jenis batu hempedu:
1. Batu kolesterol
2. Batu pigment hempedu
3. Batu bercampur


Golongan umum yang berisiko tinggi untuk mendapat batu hempedu adalah seperti yang berikut:
1. Suka makan makanan yang bergula tinggi serta berkolesterol tinggi
2. Kaum perempuan yang berusia lebih 40 tahun
3. Berbadan gemuk
4. High density lipoprotein (HDL) yang rendah / triglyceride (TG) yang tinggi
5. Kencing manis
6. Merokok serta minum arak
7. Penyakit yang mengakibatkan perpecahan darah merah (hemolytic disease)
8. Sebagainya

Ciri-ciri penyakit batu hempedu
1. Bahagian atas perut sakit
2. Loya serta muntah
3. Rasa kembung dan ‘angin’
4. Demam serta rasa sejuk
5. Penyakit kuning

Cara-cara penyiasatan
1. Ujian darah
2. Ultrasound perut
3. CT atau MRI scan
4. ERCP atau EUA

Rawatan
1. Laparoscopic cholecystectomy
2. Open cholecystectomy
3. Endoscopic sphincterotomy,EST
4. Open common bile duct exploration + stone removal + T-tube
5. Cholangiojejunostomy

DR LAM RUEY SHYANG
CONSULTANT GENERAL SURGEON AND LAPAROSCOPIC SURGEON
PAKAR PERUNDING BEDAH DAN LAPAROSKOPIK
微创专科外科手术医生

Johor

Contact Pasir Gudang Specialist Hospital Call: 07-257 3999
Email: pgsh@kpjpgsh.com