Article Detail

Gastroskop & Colonoskop Yang Tidak Sakit

December 19, 2018

Added By :
DR LAM RUEY SHYANG 蓝瑞祥医生

Gastroskop & Colonoskop Yang Tidak Sakit 

Gastroskop dan colonoskop (endoskop perut dan endoskop usus) adalah cara-cara yang paling selamat serta berkesan untuk membuktikan penyakit-penyakit yang melibatkan perut serta usus besar. Disebabkan prosedur ini melibatkan kemasukan alat skop ke dalam mulut dan dubur, kebanyakan pesakit berasa takut serta tidak rela menjalaninya. Ini menyebabkan kelewatan rawatan yang betul serta tepat, melanjutkan kesengsaraan penyakit pesakit.
Soalan-soalan yang selalu ditanya-tanya oleh pesakit

  1. Adakah sakit bila buat skop?
  2. Berapakah lama proses skop?
  3. Bolehkah skop dibuat tanpa sakit?
  4. Adakah adanya “skop tanpa sakit”?
Perbezaan antara Gastroskop dan Colonoskop
Skop yang digunakan dalam prosedur ini adalah satu tub yang panjang serta halus. Satu kamera yang kecil dipasangkan pada hujung tub itu dan berfungsi untuk menghantar imej kepada televisyen.

Gastrokop: tub ini sepanjang 1 meter, dimasukkan ke dalam mulut, saluran makan, perut serta bahagian pertama usus kecil. Ini penting untuk mengenalpastikan masalah penyakit yang melibatkan bahagian-bahagian yang tersebut.

Colonoskop: tub ini sepanjang 1.4 meter, dimasukkan ke dalam dubur, usus besar serta bahagian akhir usus kecil. Ini penting untuk mengenalpastikan masalah penyakit yang melibatkan bahagian-bahagian yang tersebut.





Proses Gastroskop dan Colonoskop yang tidak menakutkan serta menyakitkan
Gastroskop dan Colonoskop yang tidak menakutkan serta menyakitkan dilakukan dalam keadaan tidak sedar, dengan bantuan ubat-ubat yang tertentu. Ubat-ubat ini menyebabkan pesakit tidur tanpa sedar, kehilangan rasa sakit, kegelisahan serta ketakutan. Kesan ubat ini adalah selama beberapa minit. Keadaan ini boleh mengelakkan kesan-kesan sampingan, risiko serta kos bius seluruh badan.  
 
Perkara-perkara yang perlu diikuti selepas prosedur
 
  1. Jangan merokok sehari sebelum skop. Anda pelu puasa sekurang-kurangnya 6 jam sebelum Gastroskop
  2. Perlu keluarkan gigi palsu
  3. Bagi pesakit yang meningkatnya usia serta berpenyakit teruk, ahli keluarga perlu menemaninya
  4. Selepas skop, pesakit boleh makan dan minum. Elakkan makanan yang pedas serta alcohol
  5. Pesakit perlu mengelakkan diri daripada memandu atau kerja selama 24 jam,
  6. Perlu memberitahu doktor jika mengalami perut yang sakit serta berdarah melalui dubur
DR LAM RUEY SHYANG 
CONSULTANT GENERAL SURGEON & LAPAROSCOPIC SURGEON 
JOHOR

Contact Pasir Gudang Specialist Hospital Call: 07-257 3999
Email: pgsh@kpjpgsh.com